TTT Advokasi Klik Dengan Bijak

2 November 2018 | Aktiviti Terkini

Advokasi adalah antara usaha SKMM untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai penggunaan internet, sosial media, gadget dan yang berkaitan teknologi. Pihak umum harus mengetahui peranan mereka dalam penggunaan seharian teknologi seperti etika di sosial media, keselamatan penggunaan gadget dan banyak lagi.

Setiap ketua dan penolong Kluster Menarik Di telah menyertai TTT Advokasi Klik Dengan Bijak bertempat di Pullman Miri. Pengisian TTT ini adalah untuk memberi kemaskini mengenai advokasi daripada pihak SKMM. Kemudian, ketua dan penolong kluster perlu mengajar semua pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet di bawah mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali